Tuesday, June 8, 2010

Ketupat Sotong



BAHAN-BAHAN :-
  • 10 ekor sotong - bersaiz besar
  • 1 biji kelapa - diambil santan
  • 150 gm beras pulut
  • 150 gm bawang merah - dihiris
  • 100 gm halia - dihiris
  • Sedikit halba
  • Garam secukup rasa
  • Lidi pencucuk
CARA MEMBUAT :-
  1. Rendam beras pulut selama 2 jam. Kemudian toskan dan kukus sehingga masak. Sementara itu bersihkan sotong dan buangkan tulangnya. Pastikan sotong dibasuh sehingga bersih.
  2. Masukkan isi pulut yang telah dikukus kedalam sotong. Pastikan ianya diisi tidak terlalu penuh. Kemudian cucuk lidi di bahagian hujungnya. Masukkan sotong ke dalam periuk yang berisi santan, halia, halba, bawang merah dan garam.
  3. Masak di atas api yang pelahan sambil dikacau sehinggaia menjadi pekat. Angkat danbolehlah dihidangkan bersama nasi dan sebagainya.
Selamat mencuba...


Saturday, May 29, 2010

Pulut Kuning




BAHAN-BAHAN :-
  • 600 gm beras pulut
  • 100 gm kunyit hidup - dikisar
  • 2 keping asam gelugur
  • 300 ml santan pekat
  • Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT :-
  1. Cuci bersih beras pulut dan rendam bersama kunyit yang telah dikisar terlebih dahulu dan asam gelugur selama 3 jam.
  2. Kemudian kukus beras pulut salama 30 minit.
  3. Apabila pulut hampir masak, masukkan santan pekat bersama garam ke dalam kukusan pulut.
  4. Masak semula selama 10 minit.
  5. Hidangkan pulut kuning bersama rendang daging.
Selamat mencuba...

Friday, May 28, 2010

Nasi Beriani Gam


BAHAN-BAHAN :-
  • 1 kg beras mathi
  • 120 gm minyak sapi
  • 300 gm bawang besar - dihiris
  • 280 gm bawang merah - dihiris
  • 200 gm bawang putih - dihiris
  • 200 gm halia - dihiris
  • 1000 ml air
  • 160 ml susu cair
  • 5 gm garam
BAHAN-BAHAN A :-
  • 4 helai daun pandan
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum buah pelaga
  • 4 cm kulit kayu manis
CARA-CARA MEMBUAT :-
  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan-bahan hiris. Daun pandan dan bahan-bahan A sehingga wangi. Masukan air dengan garam.
  2. Apabila air mendidih, masukkan beras dan biarkan sehingga air menjadi kering. Masukkan susu cair dan pelahankan api selama 10 minit sebelum dihidangkan. Hiaskan dengan kismis, gajus dan bawang goreng.
Selamat mencuba...

Wednesday, May 26, 2010

Laksa Kelantan



BAHAN-BAHAN :-
  • 500 gm laksa kering - direndam selama 4 jam sebelum direbus.
  • 1 kg ikan tongkol.
  • 500 ml santan kelapa.
  • 50 gm asam keping.
  • 50 gm belacan.
  • Garam secukup rasa.
  • Gula pasir secukup rasa.
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-
(Mengikut sukatan anda)
  • Bunga kantan - dihiris halus
  • Daun kesum - dihiris halus
  • Pucuk gajus - dihiris halus
  • Kacang panjang - dihiris halus
  • Timun - dihiris halus
  • Kubis bulat - dihiris halus
  • Bawang besar - dihiris halus
  • Tauge
CARA MEMBUAT :-
  1. Rebuskan ikan tongkol sehingga betul-betul masak. Selepas itu, hendaklah dikisar sehingga hancur.
  2. Masukkan ikan yang sudah dikisar tadi ke dalam santan kelapa. Masukkan asam keping dan belacan. Biarkan ia mendidih serta masukkan perasa secukupnya.
  3. Hidangkan bersama bahan-bahan sampingan yang telah dihiris halus. Untuk menyediakan sambal cili kering, campurkan cili kering dengan belacan. Selepas itu, kisar sehingga ia menjadi lumat.
Selamat mencuba...

Rendang Ayam


BAHAN-BAHAN A :-
  • 1 ekor ayam - dipotong kiub nipis
  • 20 ulas bawang merah - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 2 inci halia - dikisar
  • 1 inci lengkuas - dikisar
  • 3 biji buah keras - dikisar
  • Sedikit serbuk lada sulah

BAHAN-BAHAN B :-
  • 250 ml kacang tanah - ditumbuk
  • 250 ml kerisik
  • sedikit minyak masak
  • 200 ml santan

BAHAN-BAHAN CAMPURAN :-
  • 5 gm garam
  • 5 gm gula
  • Sedikit serbuk jintan manis
  • Sedikit serbuk jintan putih
  • Sedikit serbuk ketumbar
  • 250 ml cili kisar
  • 2 keping asam gelugor
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 inci kulit kayu manis
CARA MEMBUAT :-
  • Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan serai bersama kulit kayu manis dan cili kisar sehingga naik baunya
  • Kemudian masukkan kacang tumbuk dan gaulkan sehingga rata.
  • masukkan pula bahan-bahan A yang telah diperap terlebih dahulu. Gorengkan sehingga ia menjadi rata.
  • Tambah kerisik, asam gelugor dan satan. Kacau sehingga kering.
  • Hidangkan rendang bersana ketupat dan timun.

Selamat mencuba..


Monday, May 24, 2010

Rendang Daging


BAHAN-BAHAN :-
  • 1 kg daging
  • 10 ulas bawang merah - dikisar
  • 8 ulas bawang putih - dikisar
  • 50 gm halia - dikisar
  • 40 gm lengkuas - dikisar
  • 100 gm cili kering - dikisar
  • 5 cm kunyit
  • 6 btg serai - dihiris
  • 40 gm kerisik
  • 3 helai daun kunyit - dihiris
  • 3 helai daun limau purut
  • 200 ml santan
  • garam secukup rasa



CARA MEMBUAT :-
  • Masukan bahan-bahan yg telah dikisar terlebi dahulu.
  • Kemudian masukan daging dan santan ke dalam kuali.
  • Masak dgn api yg pelahan sehingga daging menjadi masak.
  • Kemudian barulah dimasukkan daun kunyit,daun limau purut dan kerisik.
  • Tambah garam secukup rasa.
  • Kacau sehingga rendang menjadi kering dan bolehlah dihidangkan.
Selamat mencuba

Wednesday, May 19, 2010

Coconut Cookie


Bahan-Bahan:-

125 gm mentega
100 gm shortening
270 gm tepung
100 gm gula
100 gm emping jagung
50 gm kelapa parut
300 gm kelapa parut (untuk hiasan)

Cara Membuat:-

1- Panaskan ketunar pada suhu 170'c
2- Sementara itu, pukul mentega bersama shortening dan gula sehingga ia menjadi kembang.
3- Masukkan pula bahan-bahan kering dan uli sehingga ia menjadi doh.
4- Dengan menggunakan tangan, bentukkan bulat dan golekkan di atas kelapa parut.
5- Bakar di dalam ketuhar sehingga biskut menjadi kekuningan.

Selamat Mencuba.

Tuesday, May 18, 2010

Aku

Tujuan saya membuka ruangan blog ini hanya ingin berkongsi pengetahuan tentang masakan yang saya pelajari dari buku masakan dan juga sedikit pengalaman yang saya perolehi semasa berkerja di beberapa buah restoran di Kuala Lumpur. Nak dikatakan pandai tidak juga tapi cukup lah sekadar mengetahui serba sedikit teknik memasak.
Jika anda ada sebarang pendapat atau pengatahuan yg hendak berkongsi bersama saya, jangan ragu-ragu untuk memberikan sebarang feedback di ruang comment.
Sedang ingin belajar...