Wednesday, May 26, 2010

Laksa Kelantan



BAHAN-BAHAN :-
  • 500 gm laksa kering - direndam selama 4 jam sebelum direbus.
  • 1 kg ikan tongkol.
  • 500 ml santan kelapa.
  • 50 gm asam keping.
  • 50 gm belacan.
  • Garam secukup rasa.
  • Gula pasir secukup rasa.
BAHAN-BAHAN SAMPINGAN :-
(Mengikut sukatan anda)
  • Bunga kantan - dihiris halus
  • Daun kesum - dihiris halus
  • Pucuk gajus - dihiris halus
  • Kacang panjang - dihiris halus
  • Timun - dihiris halus
  • Kubis bulat - dihiris halus
  • Bawang besar - dihiris halus
  • Tauge
CARA MEMBUAT :-
  1. Rebuskan ikan tongkol sehingga betul-betul masak. Selepas itu, hendaklah dikisar sehingga hancur.
  2. Masukkan ikan yang sudah dikisar tadi ke dalam santan kelapa. Masukkan asam keping dan belacan. Biarkan ia mendidih serta masukkan perasa secukupnya.
  3. Hidangkan bersama bahan-bahan sampingan yang telah dihiris halus. Untuk menyediakan sambal cili kering, campurkan cili kering dengan belacan. Selepas itu, kisar sehingga ia menjadi lumat.
Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment